Lyrics: Red Rahimad/Pown Hasril/Otromen Otromen/Nass Nass/Ariff Peter Music: Pown Hasril/Otromen Otromen/Nass Nass (Chorus) Jangan biarkan, hati terluka Lama-lama, kan menjadi gila Jangan risaukan, jangan kau kecewa Akhir jatuh, pasti kan bangkit semula
(Verse 2) Bangkit! Bangun dari tidur, lupakan mimpi Hadap semua sakit, hadapi jalan dibagi Berakit-rakit kehulu, berenang kau ketepian Biar sakit kau merayu, asal senang kemudian
Isi! Satu dunia Maha Mengetahui Dalam seribu kata, maknaNya tersembunyi Tak terlihat pancaindera yang memerhati Sempoyongan berlari, berlagu ku diatas rumi
Alif, Ba, Takut ku bersendiri Alif, Ha, Jangan lagi hampiri Jam mula berdetik, tiada masa ku menoleh Asal ku budak Banting, budak Banting mesti boleh
Bukan kerna terpaksa, bukan juga kerna harta Apatah lagi kasta, jauh sekali kerna cinta Ku buat yang terbaik agar hasil semua cantik Perlahan ku menaik, ku wakilkan orang baik
(Chorus) Jangan biarkan, hati terluka Lama-lama, kan menjadi gila Jangan risaukan, jangan kau kecewa Akhir jatuh, pasti kan bangkit semula
Bridge
Hati tiada bermakna Jika jiwa tiada padaNYA
Jangan terleka kepada dunia sehingga lupa padanya
(Verse 2) Berceritakan tentang cinta, teringat Adam & Hawa Dunia berbeza benua tapi masih bersama Walau digoda sang durja masih tidak terluka Bersujud pada Rabb, ganjarannya pasti syurga
Impikan Firdausi atau cita-citakan Ma’wa Jauhi As-Saqar dan tak sanggup aku ke Lazza Mahukan yang sempurna namun tiada yang sempurna Teguhkan sayap kanan, perbetulkan cacat cela
Akhiri puisi hati, dengan isi selepas mati Ringankan dacing kiri, ranting yang tinggal memori Persiapkan Al-β€˜Amal wanniat dan juga bekal As-Sawab yang ditunggu, perhitungan Azzawajal
Bermula dari tanah, ditimbus juga ke tanah Semuanya sama rata, tiada Baik terbinasa Sungguhnya demi masa, manusia selalu terleka Dan sungguh kerna itu ku akur ku hamba biasa
Yang masih mencari, jalan tuk Kembali Andai ada peluang lagi, minta dapat perbetulkan diri ini.