Syair Raja Melayu

Lyrics: Imam Syaputra Music: Imam Syaputra Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.
Assalamu'alaikum pemula mulakan awal kata,
Kepada semua isi di dalam semua negara,
Hamba rakyat raja di atas pura,bersuara
Moga selamat dan aman sejahtera serta merta
Bicara kita bukan cakap sembang sembarang
Terbit dari kalbu hati mari kita berbincang
Ingin berkongsi sejarah melayu gemilang,
Buat ibarah pedoman yang menjadi terang.
Bangsa Melayu dahulu pernah berdaulat,
Tulus hati budi nan tinggi lagi martabat,
Memegang adat dan menjunjung tinggi syariat,
Pernah menempa zaman zaman nan hebat.
Dimana sang raja " di situ ada kerajaan,
Sudah tertakdir dalam garis kurniaan tuhan,
Raja Melayu bernobat gelar kedaulatan,
Hamba Melayu 10 jari di satukan menjunjung sultan.
Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.
Jika dibuat kerana Allah,
Umat Islam tak akan pernah mengalah,
Nyawa dan badan kiga sanggup diserah,
Bersama Tuanku duli Khalifah.
Umat mengharap syurga menunggu,
Di medan jihad pun kita saling membantu,
Walau maut muncul di hadapan pintu,
Wajah berseri sedikit takkan pernah buntu.
Zaman berzaman begitu keadaan,
Ulamak umarak satu fahaman
Raja dan rakyat seperti sebadan,
Bangsa Melayu Allah daulatkan.
Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,
Hibanya hati nenda nan sayu,
Pelihara rukun zaman berzaman,
Bangsa Melayu semoga tetaplah aman.
Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.
Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.