Fitrah Hari Raya 1444

Lyrics: Copyright Controlled Music: Copyright Controlled Marilah berhari raya Bertakbir dan bertahmid Tunaikanlah solat sunat Mendengar khutbah pembangun jiwa Selepas itu bermaafan menghapus dosa Marilah berhari raya Bertakbir dan bertahmid Tunaikanlah solat sunat Mendengar khutbah pembangun jiwa Selepas itu bermaafan sesama kita Bergembiralah di hari ini tidak mengapa Asalkan jangan sampai membuat dosa Sekadar riang berkasih mesra menjalin silaturrahim Menguatkan ukhuwah sesama kita Ingatlah hari raya untuk orang bertaqwa Kita belum tentu layak ikut sama Patut rasa malu pada diri sendiri Kalau kita bukan orangnya Marilah berhari raya Bertakbir dan bertahmid Tunaikanlah solat sunat Mendengar khutbah pembangun jiwa Selepas itu bermaafan sesama kita Di hari raya hiburkan fakir miskin Dengan bersedekah bermesra dengan mereka Berkasih sayang dituntut agama Kerana ia fitrah manusia Menjamu selera bersama-sama sahabat dan keluarga Ikhlaskanlah amalan kerana Allah Elakkan dari pembaziran dan dari membuang masa Tatatertib hari raya kenalah jaga Marilah berhari raya Bertakbir dan bertahmid Tunaikanlah solat sunat (mewujudkan syukur) Mendengar khutbah pembangun jiwa Selepas itu bermaafan sesama kita