Lyrics: Hakim Hassan/Muhaimin Ismail/Arif Azhar/Jazman Muhammad Din Jamaluddin/Muhammad Farzuan/Awang Muhamad Safuan bin Awang Sapawi/Khairil Azmin/Aiman bin Mohd Misri/Zafrin Faizal Music: Hakim Hassan/Muhaimin Ismail/Arif Azhar Satu bom jatuh batu masjid runtuh Satu blok heboh batu solid utuh Ego Maharaja dapat apa kamu butuh Lemas tanpa ilmu tiada apa tuk disuluh Wang soalnya semua letak ketepi Maruah Agama dan juga Family Jarang bicara soal hati Tak ambil peduli siapa hidup siapa mati
Tarik baki kental dirapi, jenazah itu pasti ya akhi Sentap sorah sorak kembali, nyaris ditoreh jari sebaris Terbalik disalib mencari yang sahih dan lumrah dihati Kita susah sekali, sua mentari Keluar menanti penyair separuh mati Tak cukup taruh isi, cekam besi Kian diam dengan lesu, tidak perlu titik peluh gelut Semua sesat syirik karut, musuh ingin mansuh cuba masuk Kena rasuk pena patuk, menjatuhkan yang lena dan enggan patuh
Tak berjalan, tak berlari, terbang dalam minda Terus dengan hala tuju, tak perlukan radar Kelawar kembara merata mencari mangsa Emcee dibakar, tiada pencemaran udara Lu kuat minum Milo perasan dah juara Otak lu masih dalam kotak dok dalam Juara Doraemon, boleh tak pinjam pintu suka hati Korang boleh keluar pintu tetap jumpa jalan mati
Lu bikin kecoh, tolonglah senyap sikit Tengah fikir bagaimana nak cari lagi wang ringgit Dan time ni la pulak Doraemon pun nak hilang Habis ku kena bantai yang ku nampak hanya bintang Tak senang, tak susah, aku di tengah-tengah Ku dope, tapi aku rasa tu tak perlu megah Hustle keras hari-hari sampai duit mari-mari Jadi tiap hujung minggu ku kan holla' where’s the Marley?
Bertahun sudah kami ludah atas mikrofon
Apa yang telah kau buat Buat pertama kali ternyata di mata hati Tengok apa yang telah kau buat Jiwa hayati hingga bila ayat terhenti Tak kira berapa centimeter Tahan nafas labur 2 cents di dalam bekas litter Aku spitter, MC split into two Macam gincu di bibir baru lepas kena tinju
Ini The Bat Cave sekali lagi, rotasi DMent Si Lain Kasi hentam satu kali, main lagu kami sampai telinga kejang Ada power, kuda lejang, bila raba mic rasa tenang Kalau rasa berdesing, bingung dan berdengung Dalam lagu lesing sampai lesu, dengan lesung Suka rap, walau tak cari makan dengan rap Kami masih suka makan rappers dengan rap Kami masih suka makan rappers dengan rap Kami masih suka makan rappers dengan rap
Can I kick maneuvers? Spit on manure? Slit a collar bone just to lure attention for more victims Of the flow when I'm hitching a ride On the intergalactic tidal beatdown? Weed out clowns in the soundscape Genetically increase the beast in each and every one downed Many try to sound convincing with sick skill But sit chilled and let your amplified fears be projected in the night sky
Hadam perkataan Sampai keterangan bukan amaran Benda yang akan berlaku menjadi luar dari jangkaan Dengan ketangkasan melumpuhkan lawan Dan berubah arus teratur kabur kabus meresap halus Diutus untuk semua, dan putus Memecahkan rekod bila aku rekod pecah Setakat membebel atas beat, pastu blah
Yang tertulis, pihak lawan berpuitis Sampai dakwat habis, kata-kata mula muflis Dan perangkap dalam bulatan Kata-kata dibebaskan, lain cuba sukatkan Kebolehan, seni yang lebih dari gerakan mulut Kalau itu ilmu jangan bagi terbiar, pungut Isi ruang jangan biar kosong macam congkak Akal yang tertutup, bongkar jangan bongkak
Bertahun sudah kami ludah atas mikrofon