Suasana Hari Raya 2.0

Lyrics: Habsah Hassan Music: Adnan Abu Hassan Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam Makanlah jangan hanya di pandang Ketupat rendang sila nikmati kawan Penat memasak malam ke pagi Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman Asyik bersembang pakcik dan makcik Hai duit raya lupa nak di beri
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa