Laila Majnun

Lyrics: Akmal Mustafa Music: Akmal Mustafa Bila berputik rindu Ibarat api di kalbu Yang membakar seluruh Taman cinta jadi abu
Biar derita dirasai terseksa kerana kasih Peritnya Majnun nikmati Menjadi indah di sanubari
Dunia bersaksi akan kisahnya Bukti dahsyatnya cinta si gila Segalanya pada Laila indah Lebih dari dunia seisinya
Kasih selain Laila Hanyalah metafora cinta
Andaikan cintanya sang hamba Umpama Majnun bercinta Bagaimana rasa digambar Kerna rindu tak berbahasa
Tuhan, kurniakan aku zouq rindu Hingga aku buta selain dzat-Mu Pinta ku basah lidahku selalu Zikir di bawah minda sedarku
Dunia bersaksi akan kisahnya Si Laila Majnun hangat bercinta Betapa cinta sesama manusia Terasa sekelumit cinta luar biasa
Kasih selain Pencipta Hanyalah metafora cinta