Lyrics: Akmal Mustafa Music: Akmal Mustafa MAZHAB CINTA
ANIQ: Alkisah sebuah gunung bernama Uhud Didaki Rasul dan 3 pengikut Bergegar Uhud lantaran rindu Ditenteram Rasul menenangkan rindu
RIDWAN: Alkisah di perkebunan merintih si unta Dibebani kerja sedikit makanannya Dikucup kaki Rasul yang mulia Dibelai Rasul, keluhan unta didengar
ANIQ: Hebatnya manifestasi cinta alam Tiada pohon, batu dan pergunungan RIDWAN: Yang dilalui baginda tanpa salam Kerana dia sebaik ciptaan
AREEF: Dia hadir mengajarkan mazhab cinta Hingga makhluk lain turut merasa AYMAN: Hanya kerana cinta pada baginda Dijanjikan syurga dan bersamanya ANIQ: Hingga Uhud dijanji syurga Rasul turut mencintainya
NAUFAL & IRWAN: Alkisah pohon tamar yang kekeringan Dahulunya mimbar namun ditinggalkan Menangis rindu rintih bak si bayi Ditenangkan Rasul lantas didakapi
HAKIM: Walau cinta umat taruh di neraca Pasti cintanya lebih dari segalanya HAFIZ: Demi umat darah dan tangis mencurah Biarpun berabad lama terpisah
NAUFAL: Kadang wajahnya gelisah ribut melanda Bimbang umat dihentam azab seksa MAHDI: Kadang gusar baginda umat berlapar Namun rumahnya sering tak punya apa CHORUS: Dia hadir mengajarkan mazhab cinta Hingga makhluk lain turut merasa SYED: (hanya kerana) NAUFAL: (cinta oh..) Hanya kerana cinta pada baginda IRWAN: (..dan bersamanya) Dijanjikan syurga dan bersamanya
SYED: Kadang wajahnya gelisah ribut melanda Bimbang umat dihentam azab seksa IRWAN: Kadang gusar baginda umat berlapar Namun rumahnya sering tak punya apa AYMAN: Walau tika hujung nyawanya NAUFAL: Resah memikirkan umatnya MAHDI: Kerana sebegitu hebat cintanya RIDWAN: Layakkah ku jadi umatnya? ANIQ: Layakkah aku kan bersamanya?