Kalimullah (Soundtrack)

Lyrics: Jeff Hazimin Music: Farihin Abdul Fattah Peti bayi kecil hanyut di Sungai Nil Di bawah kerajaan Firaun yang zalim
Firaun memerintahkan dibunuh semua Bayi lelaki yang lahir ke dunia Menjeritlah ibu, menangislah bapa Anak bakal disembelih di depan mata
Namun ada bayi dapat diselamatkan Di dalam pembakar roti disembunyikan Di dalam peti dia dihanyutkan Tuhan melindungi, tiada tenggelam
Musa... Musa Alaihissalam
Akhirnya ditemui Permaisuri Asiah Diambil menjadi anak angkatnya Membesarlah Musa di ruang istana Menjadi putera kesayangan raja
Lari dari istana kerana fitnah Jauh ke Desa Madyan dia mengembara Menerima wahyu di Bukit Tursina Disuruh berdakwah kepada kaumnya
Firaun murka dengan seruan Musa Dicabar Tuhan dengan kuasanya Disambut dengan mukjizat bercahaya Tongkat pun bertukar menjadi ular
Terkejut Firaun tidak terkira Tewas ahli sihir dengan mudahnya Lalu ditelan ular-ular mereka Sujud ahli sihir kepada yang esa
Musa... Musa... Musa Kalimullah
Firaun mengejar Musa ke Laut Merah Terbelah dua, kuasa Allah Laut menutup, dia tenggelam Matilah Firaun dalam kelemasan.