Lyrics: Akmal Mustafa
Music: Akmal Mustafa
Tuhan! Hapuskan dariku
Rasa lazatnya berdosa pada-Mu
Dan kurniakanlah daku rasa
Lazatnya taat pada-Mu
الهى لست للفردوس اهلا
ولا اقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم
Tuhan! Ampunan-Mu lebih
Luas dari dosa-dosaku
Dan rahmat-Mu lebih ku damba di sisiku
Daripada amalanku
Tuhan! Telah ku zalimi
Diri aku sendiri
Jika Engkau tidak ampuni
Dan rahmati diri ini
Nescaya merugilah aku
Wahai Tuhanku
Aku tak layak ke syurga
Namun tak pula rela ku
Untuk ke api neraka-Mu
Terimalah taubatku
Dan ampunilah dosaku
Kerana kau sesungguhnya
Pengampun dosa-dosa besar