Insan Bernama Kekasih (Acoustic 2021)

Lyrics: Manis Alia Music: Manis Helma Debar hatiku membisik rindu Ingin aku katakan kau gadis idaman Adakah mungkin kau kumiliki Untuk aku jadikan insan bernama kekasih Keayuan yang tergambar lukisan nur iman Bersulamkan keindahan santun perkataan Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan Mengusir segala resah di jiwa Ku sampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita Masihkah ada peluang Untukku melafazkan cinta Umpama rembulan jatuh ke riba Mendengar khabaran dariNya Padaku kau memendam rasa PadaMu oh tuhan Ku memohon keredhaan Nur Kasih yang ku damba Kekal hingga ke syurga Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya Moga dipeliharakan tulus cinta kita Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya Dengan lafaz pernikahan yang mulia Datanglah kasihmu dalam diriku Menghiasi ruang hatiku Akan ku sambutnya dengan Sujud penuh kesyukuran Ku harap jalinan kan berpanjangan Selagi kasih yang terbina Kerana cinta kepadaNya Ku sampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita Masihkah ada peluang Untukku melafaz cinta Umpama rembulan jatuh ke riba Mendengar khabaran dariNya Padaku kau memendam rasa Kau kusayangi teman sejati Dikaulah sesungguhnya Insan bernama Kekasih