Lyrics: Hakim Hassan/Aiman bin Mohd Misri/Khairil Azmin/Muhammad Farzuan/Abdul Muhaimin/Arif Azhar/Zahid Ab Bakr/Jazman Muhammad Din Jamaluddin Music: Hakim Hassan/Aiman bin Mohd Misri Cuba try test uji Korang mess dengan kami masuk loji Itu logic ini topik ku kasi tropic Dapat trophy top of the league Datang serang ku sarankan balik Sila angkat tabik hormat aku MC go hard Kau terlebih sunat Sampai jadi lembut kau semput Namaku kini diwajibkan sebut Tak guna bersembunyi di bawah selimut
Masih hidup senang walau takde projek Poyo bajet senang tapi duit kena korek Sambil layan kretek lu tetap kena kritik Rap lu macam itik lari terkedek-kedek Gua nak jadi baik bukan budak jahat Gua dah lama dapat lu baru nak jilat Ayat parang gua potong mulut siapa lagi laser Terasa hati kaca balik rumah ambik buku baca
Lidah diasah tajam dengan kata aku bertukang Bertukar, berputar, pendekar pena halilintar Terkesan, terhasil dari pelbagai rima Kelainan dalam permainan pakai minda Angin melintang menyerap masuk Buat apa yang patut, yang senyap kini dirasuk Apa aku karut, melarut, memarut Si keparat berparut, mari bertarung, mari bertaruh
Dalam minda aku sendiri Berbaki dengan rima-rima Ditulis teliti tapi tetap membuta tuli Semua kerana seni Penulisan tonjol penampilan Mengukir imej dalam ingatan Dijadikan bekalan dikekalkan Dengan mesej yang aku sampaikan Dengan salam, harap senyuman lebih Lebar dari semalam, diucap kesekalian makhluk alam
Tapi ini bukan zaman silam Udang tak diundang, dijadi sos tiram Tiada hakiki, bererti Anggota mengejar dunia nafsu yang palsu Tapi pasukanku, berpanah laksana bulan Membelah banjaran tapi bukan jadian Bermandi darah tak mengira parah Membara, ludah lidah tujuh liku dalam hidup Sampai hancur binasa
Sekarang, masih lagi disini Terima kasih ku masih bernafas masih lagi berdiri Masih kuat walau diuji kanan dan kiri, masih tak peduli Setiap selok-belok jalan mati aku kaji Itu pastiKalau tak bukan salah diri sendiri salah siapa lagi Sikap dulu suka ikut suka hati Tak berhati-hati ku pilih jalan hidupku, hidup dalam mimpi ngeri
Dari berapa penjuru semangat diseru Kelawar keluar melulu Rap satu-persatu Permainan kata bertalu Tak selalu dapat Rap macam dulu Sekarang Trap aku berbulu Rap spiritual harap boleh jual Adakah Rap baku mual dan bahasa pasar tak sesuai Pengalaman lama ku tuai, aduhai sayang Rap bukan kena selalu garang tapi bagai dikejar bayang
Now what you're doing to these kids Is a matter of persistence If you wanna grow their brains Give 'em more than assistance Let 'em spark with precision when it's gets to decision time Mission to motivate give 'em strength and tell 'em straight Instead of paving ways that would only pay for your wealth What you say they would catch Better watch your step Fronting and backing out So i practice my right to leave the store Never sold to all of that two bit bullshit